mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM PENDIDIKAN DIGITAL – SMK SERI TANJONG

Tarikh : 20 SEPTEMBER 2022
Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Lokasi : SMK Seri Tanjong
Peserta : 40 orang

 

Tujuan 

Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah.

   
Aktiviti 

Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan canva.com dan penggunaannya. Melalui Canva, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara membina resume seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. 3 orang pelajar dengan resume terbaik dipilih dan diberikan cenderahati oleh pihak PEDi. Selepas itu, kuiz juga diberikan untuk menguji lagi pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah.

Lihat Gambar