Laporan Aktiviti

PROGRAM PENDIDIKAN DIGITAL – SK LIMBONGAN

Tarikh : 15 SEPTEMBER 2022
Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Lokasi : SK Limbongan
Peserta : 40 orang

 

Tujuan 

Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah.

   
Aktiviti 

Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan asas komputer, Window dan Microsoft Office. Setiap topik diselang-selikan dengan kuiz untuk menguji pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Selepas itu, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara memformat teks melalui Microsoft Office Word seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah.

 Lihat Gambar