Maklumat Pi1M

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

WhatsApp Image 2022-02-18 at 10.09.31 AM 2

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 
KENALI PETUGAS NADI :
 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum sah dilantik bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
 
 
Nama : Nor Aqilah Binti Zulhisham
Mula berkhidmat : 25 Disember 2016
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
WhatsApp Image 2022-02-18 at 10.09.31 AM 3
 
Nama : Fasihah Binti Ahmad
Mula berkhidmat : 17 Februari 2022