Tarikh | : 20 OGOS 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari (Sesi Pagi) 3.00 petang – 5.00 petang (Sesi Petang) |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 16 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 16 orang peserta berumur 8-12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk merekacipta poster secara digital dengan menggunakan website canva.com | |
Aktiviti | |
Peserta diajar dari bagaimana memilih latar belakang yang sesuai, memasukkan gambar dan tulisan sehingga menjadi satu poster yang menarik. Poster yang direka bertemakan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Setelah poster yang direka bersama-sama siap, peserta diajar pula cara menyimpan hasil kerja mereka. Peserta kemudian diajak untuk menyertai pertandingan merekacipta poster kemerdekaan anjuran PEDi Taman Tangga Batu Perdana. |
|