Tarikh | : 11 MAC 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan mengenai asas komputer dan cara menaip dengan betul. |
|
Aktiviti | |
Peserta diperkenalkan dahulu dengan komputer seperti definisi, bahagian dan perkakas yang diperlukan. Selepas itu, kuiz alatan komputer diberikan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari. Peserta kemudiannya diperkenalkan dengan setiap fungsi butang yang ada pada papan kekunci dan diajar menaip melalui laman web typing.com. Sepanjang kelas, peserta dipastikan menggunakan jari yang betul semasa menaip setiap satu butang huruf dan butang fungsi yang berkenaan. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta yang telah mendapat markah terbaik dalam kuiz alatan komputer. |
|
Lihat Gambar |