Laporan Aktiviti

KARNIVAL HARI BERSAMA KOMUNITI

Tarikh : 4 JULAI 2022
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 98 orang

 

Tujuan 
Karnival Hari Bersama Komuniti bertujuan menyebarluas peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, program ini juga menyediakan platform sehari dan memberi info kepada usahawan setempat berkaitan latihan yang disediakan di PEDi selain info dari agensi yang berkaitan keusahawanan. 
   
Aktiviti 

   Pendaftaran dibuka untuk pengunjung, agensi dan usahawan seawal jam 8 pagi. Agensi yang terlibat ialah SSM, TEKUN, UniKL, dan Klinik Pergigian Seri Tanjung. Program dimulai dengan taklimat dan promosi oleh PEDi, diikuti agensi-agensi dan para usahawan yang terlibat. 

 Pada masa yang sama, Klinik Pergigian Seri Tanjung menyediakan perkhidmatan pemeriksaan gigi untuk semua pengunjung yang berminat. Selain itu, Kuiz Online: Ujian Ketelitian dan cabutan bertuah turut dijalankan.

  Program diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu kehormat dan diteruskan dengan upacara perasmian Hari Bersama Komuniti, penyampaian hadiah dan cenderahati. Setelah selesai, tetamu kehormat dijemput mengunjungi setiap booth pameran agensi dan usahawan sebelum melawat PEDi dan menjamu juadah yang disediakan.

  Pada sebelah petang pula, Pertandingan Batu Seremban dijalankan dan dianggap sebagai penutup aktiviti Karnival Hari Bersama Komuniti. Hadiah diberikan sejurus selepas pertandingan tamat.

 

Lihat Gambar