Pelancongan & Tempat Bersejarah

Rekreasi & Pelancongan

pantai-puteri

 

PANTAI PUTERI

 

Pantai Puteri terletak kira-kira 12 km dari bandaraya Melaka. Pantai pelancongan ini terletak di kawasan Tanjung Kling dan kedudukannya yang strategik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Asalnya Pantai Puteri adalah sebuah kampung nelayan yang telah menjalankan kegiatan perikanan sejak dahulu lagi. Kampung Pantai Jaring, Kampung Pantai Rombang dan Kampung Pantai Kundur adalah nama-nama asal Pantai Puteri setelah diwartakan sebagai destinasi pelancongan dalam negeri Melaka. Pantai yang sepanjang hampir 2.5 kilometer ini menawarkan panorama yang menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti medan makan, masjid, tandas awam dan lain-lain. Kawasan ini juga dijadikan pelbagai aktiviti riadah seperti Pertandingan JP Joran, Pertandingan Perahu Layar dan sebagainya.

 

Restoran & Kedai Makan

Sarapan Pagi (Kedai Kopi Makcik Tijah) para pengunjung ke pantai ini boleh menikmati minum pagi roti canai dan roti kembung yang dihidangkan dengan panas dan segera. Terletak berhampiran dengan tapak pasar malam pantai puteri. Makan Tengahari (Medan Selera Puteri Malam) pelbagai hidangan nasi dan lauk campur ala melayu melaka dengan hidangan istimewa asam pedas dan ikan bakar. Makan Malam (Barkat Roti John) Menyediakan ayam golek dan roti john ala Melaka manakala Kedai Roti Hj. Sidek menyediakan hidangan roti canai yang pelbagai dan masakan panas yang sungguh menyelerakan. Anda patut mencuba murtabak cheese di kedai ini kerana memberikan pengalaman citarasa yang berlainan dan anda tidak akan dapat melupakannya.

 

malaqat barkat john 2

 Malaqat Barkat Roti John Pantai Puteri